Tentang Kami
Company Transparency
NIK AGRO ditubuhkan sejak tahun 2015 dan bermula operasi secara rasmi pada tahun 2019. Kami bermula dengan aktiviti penetasan anak ayam kampung asli, ayam kampung asli pedaging dan produk hiliran berasaskan ayam kampung. Syarikat kami mula melebarkan empayar perniagaan kerana perternakan ini dilihat dapat memberikan hasil yang lumayan serta berpotensi besar. Permintaan pelanggan yang tinggi mencetus semangat kami untuk terus menempa bidang penternakan ini secara skala yang lebih besar dengan mempertingkatkan pengeluaran anak ayam kampung asli dan produk sejuk beku untuk kelangsungan produktiviti syarikat agar lebih efisien dan efektif.
NIK AGRO akan berurusan secara mesra, profesional dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dengan mengoptimumkan kualiti perkhidmatan …
“NIK AGRO akan terus membina reputasi syarikat supaya sentiasa relevan dan dikenali. Kami mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini. Kami di NIK AGRO amat berkomited untuk membuat anjakan paradigma di dalam bidang penternakan ayam kampung asli ini dan terus maju membina empayar. NIK AGRO percaya dengan kredibiliti dalam bidang perniagaan yang kami ada, ianya dapat menjamin syarikat ini untuk terus berada di persada yang selayaknya.